Assalamualaikum wbt. Program infaq sedekah anjuran Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) ini mengkhususkan pemberian bantuan makanan dan minuman serta keperluan asas harian untuk pelajar-pelajar tahfiz dari kalangan anak-anak yatim piatu di sekitar Lembah Klang. Bantuan ini sangat diperlukan oleh mereka memandangkan masih kurang bantuan diterima sejak dari awal tahun ini. Rasulullah SAW bersabda:
“Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.”
Riwayat al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas

Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program infaq sedekah ini demi manfaat pelajar-pelajar tahfiz, anak-anak yatim piatu dan asnaf. Antara barang keperluan Madrasah Tahfiz Darul Quran:
1. Al-Quran
2. Baik pulih dapur
3. Katil double decker
4. Barang masakan
5. Dana kos madrasah

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
Ali Imran: 92

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
Surah al-Baqarah: 261
Jom #BuatBaik!
