YAMM KONGSI REZEKI BERSAMA PUSAT TRANSIT GELANDANGAN KUALA LUMPUR
Pada 1 April yang lalu, Yayasan Amal Maaruf Malaysia telah menyantuni golongan kurang berkemampuan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dengan sumbangan lemang sempena Aidilfitri. Kami percaya, kegembiraan Syawal tidak seharusnya dinikmati oleh segelintir sahaja. Dalam kemeriahan menyambut hari raya, masih ada insan-insan yang memerlukan perhatian, pelukan kasih sayang dan rasa bahawa mereka tidak disisihkan […]
