March 22, 2026

Sekapur Sireh

Saya selaku Yang Dipertua Yayasan Amal Maaruf Malaysia menyucapkan salam takzim kepada semua pihak yang terlibat membantu menjayakan aktiviti Yayasan Amal Maaruf Malaysia. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnianya, Yayasan kini melebarkan sayap ke Negeri Sabah dengan penubuhan Sekretariat YAMM Sabah pada 22hb Mac 2021 yang lalu.

Sesungguhnya untuk menjayakan aktiviti amal ini memerlukan iltizam yang tinggi, serta sedia berkorban masa, tenaga dan material. Justeru itu, semua pihak diperlukan untuk memberikan kerjasama. Saya yakin melalui gerak kerja yang terancang, strategik dan dilakukan dengan kesungguhan serta kerjasama semua pihak, Yayasan Amal Maaruf Malaysia dapat melaksanakan setiap program murni ini dengan cemerlang.

Marilah kita bersama-sama memberikan sumbangan mengikut keupayaan dan kudrat atas rahmat yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada Yayasan Amal Maaruf Malaysia. Semoga semua sumbangan yang diberikan itu menjadi suatu amal ibadah dan sedekah jariah kita semua serta mendapat keberkatan daripada-Nya jua, insya-Allah. Kita hanya berusaha sebaik mungkin dengan niat ikhlas bagi melaksanakan perintah-Nya dan kepada Allah SWT juga kembali segala ketentuan.

Sekian, terima kasih.

 

HAJI HAMSAN BIN HAJI OMAR, P.I.S

Yang Dipertua