March 22, 2026
SIAPAKAH KAMI

Lebih 20 Tahun Membantu dan Memberi

Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berstatus Kebangsaan dan berpusat di Bandaraya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Sejak pertubuhannya pada 13hb September 1999, YAMM komited melaksakan program-program berteraskan ilmu pengetahuan, pendidikan, khairat-kebajikan, kesihatan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti fakir miskin, anak yatim dan muallaf.

Perlembangaan Yayasan Amal Maaruf Malaysia

  1. Menyediakan latihan dan pengajian tahfiz al-Quran dan pengajian Islam serta segala kegiatan keagamaan bagi mendidik pelajar dan masyarakat.
  2. Menyatupadukan masyarakat Islam Malaysia ke arah pelaksanaan amal maaruf dan nahi (mencegah) mungkar dengan mengadakan majlis-majlis syarahan, diskusi, forum serta segala bentuk kegiatan ilmiah yang menyumbang kepada Jalan Allah (Fii Sabilillah).
  3. Meyalurkan bantuan kewangan kepada masyarakat Islam dan ahli pertubuhan yang dhaif dan kurang upaya dari segi sara hidup, pendidikan serta bantuan kecemasan ketika kemalangan, khairat dan perbelanjaan kesihatan.
  4. Mencari / mendapatkan harta bergerak dan tidak bergerak seperti tanah pembangunan, pertanian dan sebagainya dengan syarat segala keuntungan yang diperolehi daripada aktiviti ini hendaklah digunakan untuk kemajuan persatuan.

Carta Organisasi