March 22, 2026
Uncategorized

YAAM SANTUNI ANAK-ANAK ASNAF & IBU TUNGGAL LEMBAH KLANG.

Di sebalik meriahnya gema takbir dan harum ketupat di pagi Syawal, masih ada anak-anak yatim Lembah Klang yang menanti secebis kebahagiaan. Ada yang hanya mampu menjamah nasi kosong, kerana tiada wang membeli seekor ayam sekalipun; ada yang menahan rindu pada kasih ibu, ada yang merindui belaian ayah yang telah tiada.

Yayasan Amal Maaruf Malaysia baru-baru ini terpanggil menyulam senyuman di bibir mereka dengan menganjurkan satu majlis istimewa dan memberi sumbangan duit raya dan jamuan makan agar mereka turut merasai kemeriahan hari mulia ini seumpama keluarga lain. Di meja jamuan itu, setiap sudu nasi dan kuih-muih bukan sekadar hidangan, tetapi simbol kasih saudara seiman yang tidak pernah alpa.

Sesungguhnya, keprihatinan kita kepada anak-anak yatim dijanjikan ganjaran yang mulia. Rasulullah ﷺ bersabda:

(“Aku dan orang yang menanggung anak yatim di syurga seperti dua jari ini.”) — Riwayat al-Bukhari

Mari kita raih keberkatan bersama-sama dengan menyemai kasih kepada mereka yang paling memerlukan.

IMBAS KOD QR UNTUK MENDERMA