March 22, 2026
Kegiatan Sosial

YAMM KONGSI REZEKI BERSAMA PUSAT TRANSIT GELANDANGAN KUALA LUMPUR

Pada 1 April yang lalu, Yayasan Amal Maaruf Malaysia telah menyantuni golongan kurang berkemampuan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dengan sumbangan lemang sempena Aidilfitri.

Kami percaya, kegembiraan Syawal tidak seharusnya dinikmati oleh segelintir sahaja. Dalam kemeriahan menyambut hari raya, masih ada insan-insan yang memerlukan perhatian, pelukan kasih sayang dan rasa bahawa mereka tidak disisihkan oleh masyarakat.

Semoga sedikit rezeki yang dikongsi ini mampu mengukir senyuman dan menghadirkan rasa dihargai di hati mereka.“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.”
— Hadis Riwayat Ahmad

IMBAS UNTUK MENDERMA SECARA QR